Thursday, 30 October 2014

TARIKH LUPUT KOSMETIK




Wanita dan kosmetik sememang tak dapat dipisahkan walaupun tak banyak mestinya akan ada barangan kosmetik yang wajib seperti bedak, gincu dan mascara. Kajian menunjukkan yang barangan kosmetik telah wujud sejak berabad dahulu lagi dan telah digunakan oleh wanita dizaman mesir kuno. Amalan wanita dizaman itu untuk berhias membawa mereka untuk mencipta kosmetik dari pelbagai aneka ramuan. Ini menunjukkan wanita adalah mahkluk yang mementingkan kecantikan. Namun, kosmetik juga seperti makanan mempunyai tarikh luput. Untuk mendapatkan alatan kosmetik lebih tahan lama dan kekal disini ada beberapa tips disediakan.


1.    PENYIMPANAN YANG TEPAT

Kosmetik yang telah dibuka harus disimpan di tempat yang sejuk atau kering. Jangan letak di tempat yang akan terkena sinar terus cahaya matahari atau tempat yang lembap. Ini akan menyebabkan produk kosmetik cair dan tempat yang lembap pula akan menyebabkan tekstur kosmetik rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

For your information, peti sejuk merupakan tempat yang baik untuk kosmetik terutamanya alatan kosmetik seperti mascara, pewarna kuku dan krim mata. Suhu dingin didalam peti sejuk akan membantu mengekalkan formulasi bahan active kosmetik dan akan memanjangkan tempoh penggunaanya. But before meletakkan alatan kosmetik didalam peti sejuk disarankan untuk memasukkan terlebih dahulu ke dalam kotak bersih ditutup dan baru diletakkan kedalam peti sejuk.


2.    KEBERSIHAN TERJAMIN

Span dan berus kosmetik haruslah sentiasa dijaga dengan baik. Kesan penggunaan nya yang tidak dibersihkan akan menyebabkan  alahan akibat kuman, bakteria mahupun sel kulit mati yang menempel.disarankan agar berus sintetik dibersihkan sebanyak 2 kali sehari. Gunakan cecair pembersih makeup atau sabun wajah manakala berus yang dibuat dari bulu semulajadi boleh dibersihkan menggunakan shampoo bayi. Kemudian, selepas dibasuhkan berus hendaklah dibilas dengan air hangat yang mengalir dan biarkan ia kering dengan sendiri. Span dan berus yang kerap digunakan harus kerap dibersihkan.


3.    ASAH DENGAN BAIK

Beberapa alat solek perlu diasah sebelum digunakan, seperti pensel alis, pensel gincu atau pensel mata. Sebaiknya raut dalam keadaan keras untuk mendapat hasil maksimun. Caranya masukkan alat solek ke dalam peti sejuk setengah jam sebelum diasah. Then, kamu pasti akan puas hati dengan hasilnya.


4.    UMUR KOSMETIK

Kamu perlu cek tarikh luput alat kosmetik pada kemasan produk dan patuhi arahan penggunaan yang tertera. Kebanyakan umur kosmetik seprti berikut:
Gincu dan penggaris bibir / 1 tahun

Mascara dan penggaris mata / 3 bulan
Bedak padat dan pembayang mata / 2 tahun
Bedak asas / 1 tahun
Span / ganti bila sudah kotor


5.    GOOD BYE 

Seeloknya rekodkan tarikh produk kosmetik setelah dibuka atau saat digunakan. Jika sudah lepas tarikh luput jangan terus menggunakannya dan jangan ragu untuk buang. Jika terus digunakan ia akan mendatangkan kerosakan kepada kulit muka anda. Cara lain ialah dengan mencium baunya, biasanya kosmetik dibuat bersama dengan wangian untuk menimbulkan bau harum. Jika kosemtik kamu sudah mengeluarkan bau yang kurang enak atau masam sudah sampai masa untuk kamu campakkan kedalam tong sampah. Say goodbye to them.     

So girls, jaga sebaiknya kosmetik sekiranya anda masih menyanyangi wajah ciptaan tuhan. Kosmetik harus dijaga seeloknya. Selamat mencuba.   


Sumber : Majalah mingguan Wanita (Ogos 2014 Edisi Khas) bahagian Tips mingguan untuk wanita.                        

Monday, 15 September 2014

Denggi tolong jangan kembali!

Assalamualaikum wbrt..

Alhamdulillah syukur rasanya bila dah dapat tengok dunia luar balik lepas 6 hari betapa dalam bangunan tinggi yang berbau sangat menyeramkan. Bau ubat-ubatan, bau dunia perubatan bunyi besi-besi, bunyi mesin-mesin, bunyi air menitik masuk kedalam urat-urat saraf. Segala berkenaan hospital sangat menyeramkan bagi aku. Dan paling menyeramkan bila 20 minit sekali seorang nurse dan sister yang take care of me akan masuk cek, dan lagi menyeramkan 4 jam sekali doktor akan masuk untuk cek dan ambik darah. Jarum beb sapa tak seram tengok jarum lagi-lagi kita tahu bila jarum tu akan menerobos kulit mulus kita. Hahaha



Dah 3 hari keluar wad lengan tempat dimana doktor selalu cucuk jarum masih lebam dan biru hijau macam ada lumut kat lengan ni kesan ambik darah dan juga tangan tempat jarum untuk air masuk. Lengan untuk ambik darah pula dua dua belah dah guna last sekali dah takde tempat kat lengan doktor terpaksa ambik darah dengan sebelah jarum air. Dahla dua dua belah tangan pakai masuk air. Bila orang tanya berapa botol air masuk selama kena tahan selamber je aku jawab 20 botol and semua like "20 botol?!!!" Hahahaa.. Korang hanya terkejut yang rasa diri ni yang nanggung, sakit tak sakit tiap kali nak tukar air, and selalu bila gerak banyak samada pergi toilet, mandi atau bangun untuk makan, darah akan keluar dari tiub air, kadang-kadang nurses lambat sikit je datang tukar botol yang dah habis air sama juga darah akan keluar dan masa air dah kering dalam botol memang perit rasa dia. Memang rasa nak marah sangat kalau ada nurse yang main-main. Ada la satu hari ni nurse lain yang jaga and dia sangat tak serius jaga pesakit, dalam hati aku memang duk jerit kat muka dia kalau nak jadi nurse jadi la betul betul kau jaga nyawa orang. dah la sampai berjam-jam dia lambat tukar air, darah yang dah mengalir dari tiub tu pun dia punya la berejam baru datang buang. Allah perit tahan masa dia yang jaga. Sambil cek suhu dan tekanan darah pun dia main-main boleh gelak-gelak dengan kawan nurses dia yang duk kat luar bilik duk plan nak keluar lepas kerja. dalam hati aku dah banyak kali aku tumbuk muka nurse ni. Memang aku tak rasa nak berterima kasih dengan dia lepas keluar macam aku berterimakasih dengan nurses lain. And ada sorang nurse yang cakap terengganu memang baik sangat, bila masuk je bilik aku dia akan tanya sihat tak macam mana harini dan tukar air tepat masa, memang perfect dahla cantik. Hehe. Doktor pula semua okay okay la sampai ada yang terlebih okay. Hahahahaa

Arghh that was a very bad experienced. Seingat aku ni kali kedua aku kena tahan lama di wad, yang first masa umur 5 atau 6 tahun and i still remember that days walaupun agak samar-samar. Hehehe. Yang ini memang agak memberi kesan sebab demam yang datang tiba-tiba dengan suhu 40.3 darjah celcius and after 2 days demam baru tahu kena denggi ditambah lagi beberapa penyakit lama so jadinya denggi yang agak parah diantara orang-orang yang ada diklinik masa pergi cek. Lepas doktor sahkan denggi tetiba je demam makin teruk sakit sakit lain datang jadinya terus dihantar ke hospital dengan ambulance. Sedih bila tengok expression ummi masa tu and i was like "Ummi, im so sorry." and i don't remember anything sedar-sedar dah dalam ambulance.

Agak kelakar sebenarnya bila orang-orang kesihatan pergi cek kawasan rumah tiada nyamuk aedes dalam takungan air dan rumah aku bersih dari aedes tetapi 2 biji rumah sebelah rumah aku ada aedes dalam takungan air, so kesimpulannya samada nyamuk tu yang bagi aku kenangan 'manis' atau kemungkinan juga sebab aku selalu keluar kerumah member aku yang ada disahkan kawasan merah sebelum tu. 

Tapi apa pun alhamdulillah semua dah okay sekarang.  Masih adala saudara-saudara yang tak sempat pergi hospital datang rumah tanya 'mana orang sakit?' mesti cepat je aku jawab aku dah sihat! Yela aku taknak sebab denggi tu orang akan ingat aku ni sakit. Haaaa tak suka weyyy! Dan tolong encik-encik aedes jangan lagi datang menerobos mencuri darah-darahku!

Friday, 8 August 2014

SYAWAL PART II

Assalamualaikum..




Throwback again!
Raya ke-5 baru dapat beraya dekat kampung tokmak. Seghonoknya tak terkira kira sangat! Rindu meluap luap nak datang dan raya ke-5 baru ada masa dan rezeki nak datang. Hehehe... Seyesly, cantik yang amat kampung Bakong ni sebab tu selalu rindukan kedamaian kat sini. Bukan rindu itu je yang pastinya mesti la I rindu nenek tercinta tu. The only tokmak yang tinggal. Muah setepet kat pipi tokmak. Masa sampai tu semua berebut nak peluk cium tokmak. Lastly, aku bagi jela adik adik jalan dulu cium tokmak jadinya aku last. HUH! *Kira matang lettew Hehehe..


Cantiknya tokmak I ni, Umi pun taknak kalah duk buat comel. Kecantikkan mereka inspirasiku. Cewah! Hahahaahaa...





Muahhh tokmak! :-*

Wednesday, 6 August 2014

Ahmad Hakimi Hanapi dalam kenangan. (Co-Pilot MAS Boeing 777 MH17)

Assalamualaikum wbt…

Kalau dikira-kira harini dah raya kesepuluh. Rajin nau mengira hari. Bila makin dikira makin laju je rasa hari tu datang dan pergi. Dan 21 hari juga sudah berlalu peristiwa MH17 yang terhempas di Donetsk, Ukraine. Sejak peristiwa tu hubungan kami dengan keluarga Ayah Pi makin rapat. Kalau sebelum ni jarang berhubung dan jumpa pun Cuma setahun sekali waktu raya tapi sekarang kami kerap berhubung, malah Ayah pi sendiri yang kerap menelefon dan kadang-kadang menghantar Whatsapp berkongsi cerita dan kebanyakan cerita adalah berkenaan arwah abang Kimi. Dan banyak gambar dan video yang dihantar oleh Ayah Pi.



Ayah Pi bersama keluarga di Acheh. 



Kalau perasan la yang bertudung merah tu kan kan. Hehehe. Thats me dengan keluarga sendiri dan keluarga Ayah Pi tapi Ayah Pi takdak tak balik lagi masa tu p urus hal kerja dekat Pengkalan Chepa yang ada Cik Yah, Ayah dan mak Cikyah, anak-anak dan cucu-cucu cikyah.



Abang Kimi masa hari akikah Yusuf Zaidan. (Baby kecik comel tu)


Arghh comelnya Abderrahman denga Yusuf!! Masa ni Abderrahman dalam 2 3 bulan rasanya.



Yayyy Muhammad Yusuf Zaidan dah besar dah mula 'membesar'. Look at his pipi..



Masa dukung Yusuf berat dia rasa jugak la lenguh lengan ni. Hehehe.. Tapi memang cute sangat!



Orang sebelah tu suka sangat cakap dia macam Yusuf. Puih perasan punyer Apek! Haha



Cik Yah tengah bercerita apa yang jadi dan hari-hari terakhir Abang Kimi.CikYah ada cakap DS Najib ada cakap yang Abang Kimi ni handsome. Hahahaa.. Mahu tak handsome tengok la ayah dia lagipula Cik Yah tu keturunan Pakistan. Anak-anak dia Masyaallah semua comel belaka. *Umi pandang mana ntah tuu. 



Keratan ahkbar hari ini 6 ogos. Faham perasaan kehilangan insan tersayang tambah lagi banyak kenangan yang ditinggalkan arwah. Tambah lagi pula dalam kes ni, Abang Kimi satu-satunya anak lelaki ayah Pi. 


Beberapa keratan akhbar.









Semoga jasad dapat dikembalikan kepada keluarga masing masing dengan secepatnya. 

Monday, 4 August 2014

Jodohku kan pasti ada.


Lepaskan orang yang kita sayang demi kebaikan kedua belah pihak tidak mudah bagi yang menanggung. Mereka yang melihat akan cepat menunding jari kearah mereka tanpa mengetahui niat dan tujuan insan tersebut. Kenapa? Sebab manusia Cuma akan menilai seseorang dari luaran kerana hanya itu yang mereka Nampak dan mereka tidak cuba menyelami keadaan sebenar . 
Tidak perlulah dijelaskan keadaan dan niat sebenar kepada mereka yang begitu kerana percayalah mereka tidak akan mempercayai malah lebih teruk kalau mereka akan menyalah tafsir lagi maksud sebenar. Biarkan niat hanya Tuhan dan insan tersebut sahaja yang tahu. Cuma kadang-kadang hati insan seperti kita ni lemah. Padahal Allah sudah berjanji didalam Al-Quran yang dia sudah tetapkan jodoh dan ajal ditanganNya. Hanya dua perkara tersebut yang tidak akan berubah ketetapannya.

Kadang-kadang juga manusia ni terlalu leka dan taksub dengan cinta dunia. Aku bukanlah nak ‘berceramah’ atau berfalsafah mengenai cinta sebab aku juga insan biasa yang masih baru dalam dunia cinta ni tapi serba sedikit yang mampu aku kongsikan cuba aku lafazkan disini. tapi kalau dilihatkan budak budak yang baru form 1 dah reti bercinta bagai haa, siap hari hari berdating. amboi kemain siap berpegangan tangan berpeluk-pelukan. Puppy love? yes, maybe sebab diorang masih belum tahu tujuan cinta yang mereka tahu just sesenang cakap 'I love you?' then everythings mine will be yours? hahahaa.. *merepek.
 Bercinta bukan senang sebenarnya. Kita kena jaga hati pasangan macam jaga permata segenggam dalam tangan sambil berlari dan taknak satu pun jatuh dan hilang. Wah, madah tu tau. Hehehe..  tapi yes, hakikatnya sebegitu. Dengan niat yang baik untuk membina satu hubungan yang halal. 
Tapi macam mana sekalipun ingatlah, jangan besarkan cinta kepada manusia lebih dari cinta kepada Yang Esa. Haaa deep tak?

Tipulah kalau hati seseorang tu tak sakit nak lepaskan dan putuskan sesuatu hubungan. Tapi percayalah mesti ada sebab yang kuat seseorang tersebut melakukannya dan tidak ingin ketahui insan yang satu lagi. Seorang pakar falsafah ada menyatakan, kalau dengan melepaskan seorang yang kita cintai mampu memberi kehidupan yang lebih baik kepada dua belah pihak, just do it. Sakit sekarang, percayalah manis dan bahagia dimasa akan datang. Kuatnya kalau seseorang mampu melakukan hal tersebut.
Aku sendiri masih belum mampu nak menemui cinta sebenar yang betul betul mampu memberi keyakinan kepada aku yang dia lah bakal imanku. ahh memang takdak lagilah ceghita dia. Sebelum-sebelum ni pun banyak laraa diri ni dengan keindahan cinta manusia. Bila dah sedar tu macam kena kejutan elektrik, sentap beb orang cakap. hahaha.

Gilalah kalau taknak cinta yang membawa ke Jannahnatullah. hehehe.. sapa taknak. Nak tunggu jodoh datang bergolek pun tak boleh jugak, tapi susah nak mencari tu. Apapun berserah dulu lah pada Yang Satu moga dipertemukan nanti dengan insan yang baik, ada agama, ada tanggungjawab dan mampu. Insha Allah.


Sunday, 20 July 2014

TRAGEDI MH17

Assalamualaikum wbt..

17 July 2014 sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati. Bersamaan 19 ramadhan 1435h dan Cuma tinggal beberapa hari lagi saja kita nak sambut syawal. 


#MH17


Dalam pukul 11 malam aku terbaca di twitter berkenaan MH17. Mulanya aku ingat ada yang salah taip dengan MH370 yang hilang 4 bulan yang lepas rupanya another MH bahkan bukan saja hilang dari radar tapi disahkan terhempas di daerah Donet Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia selepas disyaki MH17 ditembak oleh pihak pemisah dari Negara Ukraine. Pesawat terbabit baru sahaja 5 jam berlepas dari Amsterdan dan menuju ke KLIA dan perjalanan masih berbaki 6 jam. 




Allahuakhbar. Dan paling memilukan seramai 298 nyawa disahkan meninggal ditempat kejadian dan paling memilukan hati kami sekeluarga ialah selepas beberapa jam berita Mh tersebut kami dapat perkhabaran dari ibu sepupu aku dimana co-pilot MAS Boeing 777 MH17 adalah abang sepupu aku, anak sepupu kepada umi dan memang kami mengenali mereka dengan baik. Ahmad Hamiki Hanapi, co-pilot adalah ahli keluarga kami sendiri. Apa yang menyedihkan kami ialah sudah lama kami tidak bertemu dengan keluarga Ayah Pi dengan Cikyah iaitu ayah dan ibu kepada abang hakimi kerana mereka sekeluarga menetap di KL. Akhir kami jumpa mereka ialah raya aidilfitri tahun lepas. Kalau bukan saudara sendiri pun kami sudah sebak dengan berita kemlangan jiwa tu inikan pula ada saudara sendiri. Umi yang paling terkesan kerana dari kecil umi sememangnya rapat dengan keluarga Ayah pi. Tapi semua dah tersurat, Allah dah tetapkan pemergian dia dalam keadaan begitu. Semalam kami sekeluarga menunggu berita tapi tetap sama takde ape yang mampu diubah. Melihat cikyah menangis bila ditemuramah wartawan lagi rasa sayu. Allah. Kuatkanlah hati semua keluarga yang mendapat perkhabaran tersebut. Tak dapat aku bayangkan kehilangan ayah, ibu, adik atau abang dengan cara sebegini tambah lagi syawal yang akan tiba lagi seminggu.




Datuk kepada Abang Hakimi



Sungguh memilukan melihat kapal MAS yang membawa 298 nyawa hangus terbakar dengan mayat penumpang yang mungkin tercampak keluar bergelimpangan di ladang yang disahkan sebagai tempat terhempasnya MH17.  Dan seramai 44 orang adalah rakyat malasyia dan lainnya datang dari rata-rata Negara termasuk Indonesia, german, belanda dan Negara lain.Allah terasa murahnya nyawa sekarang. Mana taknya MH370 yang membawa seramai 200++ penumpang pun masih belum ditemui misteri belum lagi terjawab. Allahuakhbar! Semoga semua roh rakyat Malaysia dan juga lainnya pergi dengan aman. Amin ya rabbal alamin. 






untuk gambar yang lebih mendalam sila ke http://apahell.blogspot.com/2014/07/gambar-gambar-terkini-tragedi-mh17-16.html

Saturday, 3 May 2014

Tutorial.

Cara pelbagai-jeniskan pemakaian tudung bawal anda.


1 . Letakkan tudung bawal yang dilipat tiga segi macam yang biasa kita pakai tu sebelah pendek dan sebelah panjang. Tapi disenggetkan sebelah dan pastikan yang sebelah pendek berada dibahagian depan dan yang panjang disenggetkan kebelakang

2 . Then, bawak kedua belah kebelakang. Bawakan yang bagaian pendek tadi kesebelah kiri dan bawa keatas kepala untuk menutup bahagian yang disenggetkan tadi.

3  . So now, dia akan jadi silang kan. Okay, faham? Kalau tak faham cuba la perhati gambar aah acah model tu. Hehe

    . Next is, macam biasa kenalah pin.

5  . Kalau macam ada lebih kat belakang tu pun pinkan. Kalau tak nanti dia terbuka and menampakkan bahagian anak tudung. Tak cantik la nanti kan.

6  . Nampak bahagian yang panjang ni? hehe. Yang panjang tu bawak ke belakang dari bawa tudung yang kat belakang tu kesebelah kanan. Then bawakan kedepan dan kebahu.

7  . Pinkan di atas macam yang dalam gambar tu.* (aceli taktahu nak cakap nak pin kat mana. Leher? Macam pelik. Haha) Dan kemaskan mana mana bahagian yang patut okay.

9 .  And DONE! Senang saja kan.







Wednesday, 23 April 2014

Shopping mampu menajamkan minda hookayy!

Assalamualaikum wbt.

Ini aku adalah terbaca dekat akhbar and rasa sangat bagus and boleh la nak kongsi kongsi. Hehe
Mari cuba sesuatu yang baru untuk menajamkan fikiran. Ini sesuai sangat untuk orang yang terasa hidup dia bosan sangat dengan rutin hari hari, macam I nil ah. Aku mula mula gelak gak baca tapi bila teringat aku cuba buat then memang rasa.. okay very interesting!

Kalau korang nak tahu benda baru yang belum pernah kita buat ni boleh menyihatkan dan merangsangkan minda kita. Cara cara ni jugak boleh membuatkan ingatan kita menjadi kuat. Aku pun tak tahu lah betul ke tak sebab aku pun baru je cuba nak menajamkan minda sendiri ni. Hehe tapi berdasarkan pakar physvhology cara ni memang berkesan sebab ia menggabungkan deria fizikal seperti mata, hidung, mulut, telinga dan juga tangan kita yang mana ia akan menguatkan lagi hubungan diantara bahagian otak kita yang berlainan.seeloknya dicuba pada waktu pagi ataupun malam. Cakap saja tapi mana cara dia kan. Haha haa ni cara dia nak habaq.

Satunya, cuba berus gigi menggunakan tangan yang kita tak pernah guna. Contohnya kalau biasa berus gigi pakai tangan kanan, kali ni tukar pakai tangan kiri pulak. Pakar yang mengkaji perkara ni membuktikan bila menggunakan bahagian otak yang bertentangan macam dalam senaman ni la boleh menyebabkan pengembangan yang pesat dan besar di bahagian ‘korteks’ yang mengawal dan memproses maklumat sentuhan dari tangan kita.

Yang kedua, kita boleh tukar kedudukan objek dirumah macam potret gambar yang digantung kita ambik gantungkan dibahagian yg bertentangan dengan tempat gantungan asal. Barang lain pun sama macam jam, meja or calendar. Ni sebab bila kita memandang objek yang duduk bertentangan bahagian otak kanan kita akan mula berfungsi lebih aktif untuk mentafsirkan bentuk, warna dan hubungan gambar or barang yang terbalik tu. Haaa tudia boleh la start alih alih barang kan. Hehe
Ada lagi, yang ketiganya,cuba buat perkara baru dengan menukar tempat duduk dimeja makan. Pakar yang membuat kajian ni mengakui yang remaja memang ada tempat duduk pilihan bila dimeja makan. Yup! Memang betul. Bila nak makan dirumah kita ka nada satu tempat favourite kan, meh kita cuba ubah sebab apa untuk otak kita jadi lebih cerdas dengan duduk ditempat yang baru or jarang sangat kita duduk. Haa kat situ pun otak kita akan berfungsi tau dan akan menggangap tu sebagai pengalaman baru bagi tubuh badan kita. Hebatnya otak kita kan berfungsi.

Empatnya kalau kita pergi membeli belah masuk ke tempat yang penuh raknya dengan barang or makanan cuba perati kalau ada barang yang belum pernah dilihat ambik dan baca maklumat yang terdapat dibelakang barang tersebut. Biasanya kotak makanan la, kalau ada makanan yang belum dilihat dan baru cuba baca isi maklumat yang terdapat dikotak sebab dekat situ secara tak sedar kita sedang belajar benda baru dan secara tak langsung ianya akan menajamkan minda kita.

Kelima, ini memang aku cuba sekerap mungkin lah. Bila kita membaca ape ape bahan bacaan cub abaca secara lantang jangan baca secara bisu maksudnya jangan baca dalam hati. Membaca dengan kuat sebenarnya lebih member rangsangan pada ota.

Selain daripada itu, kita juga digalakkan mencuba makanan baru yang tak pernah kita makan dan sebelumnya cuba hidu bau samada ia sama dengan makanan yang pernah kita makan. Lainnya untuk membuatkan otak kita menjadi cergas dan terangsang ialah dengan keluar membeli belah. Secara tak langsung la sewaktu kita membeli belah banyak perkara yang kita lakukan yang membabitkan mental dan fizikal kita semasa kita berjalan dan  membuat pilihan barang, otak kita terangsang untuk membuat pilihan yang tepat, bersosial dengan ramai orang semacam bila ada produk yang kita tak faham penggunaannya cuba bertanya kepada penjaga produk  atau kaunter pertanyaan tetntang harga yang tidak pasti. Interaksi merangsangkan otak menjadi lebih pantas. Tapi macam mana pun kena lah ingat jangan boros pula beli berlebihan. Hehe aku ni kengkadang terover pulak dalam hal yang ini. Memang laju lah kalau pakar pun dah cakap membeli belah pun boleh menajamkan minda. Hehehe

Pesanan dari pakar otak ialah, untuk menjadi otak lebih cerdas dan tidak mudah lupa kuncinya ialah dengan mecuba sesuatu yang baru. Apa lagi, elok lah kita cuba benda baru masa muda muda ni kan. Adiossss!


Friday, 17 January 2014

Just you and me

You were sitting at the coffee table
Where you're reading Kierkegaard
Minutes later, you proceed to say
something that almost broke my heart

You said, 'Darling, i am tired of livin'
My routined life
There's so much in the world that i'd like
to soak up with my eyes

Well baby i never did stop you from going out to explore
We can do it all together from the colds of the poles
to the tropics of Borneo

Lets pack our bags
and lie on the easy stream,
Feel the water on our backs
Where we can carry on dreamin

Where we can finally
Be where we'd like to be
Darling just you and me

So darling what do you say?
Does that sound like a plan to you?

We can build our own little world
Where no one can come through

We can live in huts made out of grass
We can greet father time as he walks pass
We can press feet into the dirt
A little mud, no, it wouldn't hurt.

Lets pack our bags
and lie on the easy stream
Feel the water on our backs
Where we can carry on dreamin
Where we can finally be where we'd like to be
Darling just you and me
Just you and me.

p/s i love you and it would be my dream too, to be with you.