Assalamualaikum wbt.
Ini aku adalah terbaca dekat akhbar and rasa sangat bagus and boleh la nak kongsi kongsi. Hehe
Mari cuba sesuatu yang baru untuk menajamkan fikiran. Ini sesuai sangat
untuk orang yang terasa hidup dia bosan sangat dengan rutin hari hari, macam I nil
ah. Aku mula mula gelak gak baca tapi bila teringat aku cuba buat then memang
rasa.. okay very interesting!
Kalau korang nak tahu benda baru yang belum pernah kita buat ni boleh
menyihatkan dan merangsangkan minda kita. Cara cara ni jugak boleh membuatkan
ingatan kita menjadi kuat. Aku pun tak tahu lah betul ke tak sebab aku pun baru
je cuba nak menajamkan minda sendiri ni. Hehe tapi berdasarkan pakar
physvhology cara ni memang berkesan sebab ia menggabungkan deria fizikal
seperti mata, hidung, mulut, telinga dan juga tangan kita yang mana ia akan
menguatkan lagi hubungan diantara bahagian otak kita yang berlainan.seeloknya
dicuba pada waktu pagi ataupun malam. Cakap saja tapi mana cara dia kan. Haha haa
ni cara dia nak habaq.
Satunya, cuba berus gigi menggunakan tangan yang kita tak pernah guna. Contohnya
kalau biasa berus gigi pakai tangan kanan, kali ni tukar pakai tangan kiri
pulak. Pakar yang mengkaji perkara ni membuktikan bila menggunakan bahagian
otak yang bertentangan macam dalam senaman ni la boleh menyebabkan pengembangan
yang pesat dan besar di bahagian ‘korteks’ yang mengawal dan memproses maklumat
sentuhan dari tangan kita.
Yang kedua, kita boleh tukar kedudukan objek dirumah macam potret gambar
yang digantung kita ambik gantungkan dibahagian yg bertentangan dengan tempat
gantungan asal. Barang lain pun sama macam jam, meja or calendar. Ni sebab bila
kita memandang objek yang duduk bertentangan bahagian otak kanan kita akan mula
berfungsi lebih aktif untuk mentafsirkan bentuk, warna dan hubungan gambar or
barang yang terbalik tu. Haaa tudia boleh la start alih alih barang kan. Hehe
Ada lagi, yang ketiganya,cuba buat perkara baru dengan menukar tempat
duduk dimeja makan. Pakar yang membuat kajian ni mengakui yang remaja memang
ada tempat duduk pilihan bila dimeja makan. Yup! Memang betul. Bila nak makan
dirumah kita ka nada satu tempat favourite kan, meh kita cuba ubah sebab apa
untuk otak kita jadi lebih cerdas dengan duduk ditempat yang baru or jarang
sangat kita duduk. Haa kat situ pun otak kita akan berfungsi tau dan akan
menggangap tu sebagai pengalaman baru bagi tubuh badan kita. Hebatnya otak kita
kan berfungsi.
Empatnya kalau kita pergi membeli belah masuk ke tempat yang penuh
raknya dengan barang or makanan cuba perati kalau ada barang yang belum pernah
dilihat ambik dan baca maklumat yang terdapat dibelakang barang tersebut. Biasanya
kotak makanan la, kalau ada makanan yang belum dilihat dan baru cuba baca isi
maklumat yang terdapat dikotak sebab dekat situ secara tak sedar kita sedang
belajar benda baru dan secara tak langsung ianya akan menajamkan minda kita.
Kelima, ini memang aku cuba sekerap mungkin lah. Bila kita membaca ape
ape bahan bacaan cub abaca secara lantang jangan baca secara bisu maksudnya
jangan baca dalam hati. Membaca dengan kuat sebenarnya lebih member rangsangan
pada ota.
Selain daripada itu, kita juga digalakkan mencuba makanan baru yang tak
pernah kita makan dan sebelumnya cuba hidu bau samada ia sama dengan makanan
yang pernah kita makan. Lainnya untuk membuatkan otak kita menjadi cergas dan
terangsang ialah dengan keluar membeli belah. Secara tak langsung la sewaktu
kita membeli belah banyak perkara yang kita lakukan yang membabitkan mental dan
fizikal kita semasa kita berjalan dan
membuat pilihan barang, otak kita terangsang untuk membuat pilihan yang
tepat, bersosial dengan ramai orang semacam bila ada produk yang kita tak faham
penggunaannya cuba bertanya kepada penjaga produk atau kaunter pertanyaan tetntang harga yang
tidak pasti. Interaksi merangsangkan otak menjadi lebih pantas. Tapi macam mana
pun kena lah ingat jangan boros pula beli berlebihan. Hehe aku ni kengkadang
terover pulak dalam hal yang ini. Memang laju lah kalau pakar pun dah cakap
membeli belah pun boleh menajamkan minda. Hehehe
Pesanan dari pakar otak ialah, untuk menjadi otak lebih cerdas dan tidak
mudah lupa kuncinya ialah dengan mecuba sesuatu yang baru. Apa lagi, elok lah
kita cuba benda baru masa muda muda ni kan. Adiossss!
No comments:
Post a Comment