Monday, 4 August 2014

Jodohku kan pasti ada.


Lepaskan orang yang kita sayang demi kebaikan kedua belah pihak tidak mudah bagi yang menanggung. Mereka yang melihat akan cepat menunding jari kearah mereka tanpa mengetahui niat dan tujuan insan tersebut. Kenapa? Sebab manusia Cuma akan menilai seseorang dari luaran kerana hanya itu yang mereka Nampak dan mereka tidak cuba menyelami keadaan sebenar . 
Tidak perlulah dijelaskan keadaan dan niat sebenar kepada mereka yang begitu kerana percayalah mereka tidak akan mempercayai malah lebih teruk kalau mereka akan menyalah tafsir lagi maksud sebenar. Biarkan niat hanya Tuhan dan insan tersebut sahaja yang tahu. Cuma kadang-kadang hati insan seperti kita ni lemah. Padahal Allah sudah berjanji didalam Al-Quran yang dia sudah tetapkan jodoh dan ajal ditanganNya. Hanya dua perkara tersebut yang tidak akan berubah ketetapannya.

Kadang-kadang juga manusia ni terlalu leka dan taksub dengan cinta dunia. Aku bukanlah nak ‘berceramah’ atau berfalsafah mengenai cinta sebab aku juga insan biasa yang masih baru dalam dunia cinta ni tapi serba sedikit yang mampu aku kongsikan cuba aku lafazkan disini. tapi kalau dilihatkan budak budak yang baru form 1 dah reti bercinta bagai haa, siap hari hari berdating. amboi kemain siap berpegangan tangan berpeluk-pelukan. Puppy love? yes, maybe sebab diorang masih belum tahu tujuan cinta yang mereka tahu just sesenang cakap 'I love you?' then everythings mine will be yours? hahahaa.. *merepek.
 Bercinta bukan senang sebenarnya. Kita kena jaga hati pasangan macam jaga permata segenggam dalam tangan sambil berlari dan taknak satu pun jatuh dan hilang. Wah, madah tu tau. Hehehe..  tapi yes, hakikatnya sebegitu. Dengan niat yang baik untuk membina satu hubungan yang halal. 
Tapi macam mana sekalipun ingatlah, jangan besarkan cinta kepada manusia lebih dari cinta kepada Yang Esa. Haaa deep tak?

Tipulah kalau hati seseorang tu tak sakit nak lepaskan dan putuskan sesuatu hubungan. Tapi percayalah mesti ada sebab yang kuat seseorang tersebut melakukannya dan tidak ingin ketahui insan yang satu lagi. Seorang pakar falsafah ada menyatakan, kalau dengan melepaskan seorang yang kita cintai mampu memberi kehidupan yang lebih baik kepada dua belah pihak, just do it. Sakit sekarang, percayalah manis dan bahagia dimasa akan datang. Kuatnya kalau seseorang mampu melakukan hal tersebut.
Aku sendiri masih belum mampu nak menemui cinta sebenar yang betul betul mampu memberi keyakinan kepada aku yang dia lah bakal imanku. ahh memang takdak lagilah ceghita dia. Sebelum-sebelum ni pun banyak laraa diri ni dengan keindahan cinta manusia. Bila dah sedar tu macam kena kejutan elektrik, sentap beb orang cakap. hahaha.

Gilalah kalau taknak cinta yang membawa ke Jannahnatullah. hehehe.. sapa taknak. Nak tunggu jodoh datang bergolek pun tak boleh jugak, tapi susah nak mencari tu. Apapun berserah dulu lah pada Yang Satu moga dipertemukan nanti dengan insan yang baik, ada agama, ada tanggungjawab dan mampu. Insha Allah.


No comments:

Post a Comment