Assalamualaikum wbt…
Kalau dikira-kira harini dah raya kesepuluh. Rajin nau
mengira hari. Bila makin dikira makin laju je rasa hari tu datang dan pergi.
Dan 21 hari juga sudah berlalu peristiwa MH17 yang terhempas di Donetsk,
Ukraine. Sejak peristiwa tu hubungan kami dengan keluarga Ayah Pi makin rapat.
Kalau sebelum ni jarang berhubung dan jumpa pun Cuma setahun sekali waktu raya
tapi sekarang kami kerap berhubung, malah Ayah pi sendiri yang kerap menelefon
dan kadang-kadang menghantar Whatsapp berkongsi cerita dan kebanyakan cerita
adalah berkenaan arwah abang Kimi. Dan banyak gambar dan video yang dihantar oleh Ayah Pi.
Ayah Pi bersama keluarga di Acheh.
Kalau perasan la yang bertudung merah tu kan kan. Hehehe. Thats me dengan keluarga sendiri dan keluarga Ayah Pi tapi Ayah Pi takdak tak balik lagi masa tu p urus hal kerja dekat Pengkalan Chepa yang ada Cik Yah, Ayah dan mak Cikyah, anak-anak dan cucu-cucu cikyah.
Abang Kimi masa hari akikah Yusuf Zaidan. (Baby kecik comel tu)
Arghh comelnya Abderrahman denga Yusuf!! Masa ni Abderrahman dalam 2 3 bulan rasanya.
Yayyy Muhammad Yusuf Zaidan dah besar dah mula 'membesar'. Look at his pipi..
Masa dukung Yusuf berat dia rasa jugak la lenguh lengan ni. Hehehe.. Tapi memang cute sangat!
Orang sebelah tu suka sangat cakap dia macam Yusuf. Puih perasan punyer Apek! Haha
Cik Yah tengah bercerita apa yang jadi dan hari-hari terakhir Abang Kimi.CikYah ada cakap DS Najib ada cakap yang Abang Kimi ni handsome. Hahahaa.. Mahu tak handsome tengok la ayah dia lagipula Cik Yah tu keturunan Pakistan. Anak-anak dia Masyaallah semua comel belaka. *Umi pandang mana ntah tuu.
Keratan ahkbar hari ini 6 ogos. Faham perasaan kehilangan insan tersayang tambah lagi banyak kenangan yang ditinggalkan arwah. Tambah lagi pula dalam kes ni, Abang Kimi satu-satunya anak lelaki ayah Pi.
Beberapa keratan akhbar.
Semoga jasad dapat dikembalikan kepada keluarga masing masing dengan secepatnya.











Moga Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sedih melihat rakaman foto Abderrahman didukung rakan sejawat allahyarham semasa mengaminkan doa selepas solat jenazah.
ReplyDeleteSampaikan salam saya kepada ahli keluarga Allahyarham. :)
Terimakasih. InshaAllah akan saya sampaikan. :)
Delete