Assalamualaikum wbt..
17 July 2014 sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita
yang sangat menyayat hati. Bersamaan 19 ramadhan 1435h dan Cuma tinggal
beberapa hari lagi saja kita nak sambut syawal.
#MH17
Dalam pukul 11 malam aku
terbaca di twitter berkenaan MH17. Mulanya aku ingat ada yang salah taip dengan
MH370 yang hilang 4 bulan yang lepas rupanya another MH bahkan bukan saja
hilang dari radar tapi disahkan terhempas di daerah Donet Ukraine berdekatan
dengan sempadan Rusia selepas disyaki MH17 ditembak oleh pihak pemisah dari Negara
Ukraine. Pesawat terbabit baru sahaja 5 jam berlepas dari Amsterdan dan menuju
ke KLIA dan perjalanan masih berbaki 6 jam.
Allahuakhbar. Dan paling memilukan
seramai 298 nyawa disahkan meninggal ditempat kejadian dan paling memilukan
hati kami sekeluarga ialah selepas beberapa jam berita Mh tersebut kami dapat
perkhabaran dari ibu sepupu aku dimana co-pilot MAS Boeing 777 MH17 adalah
abang sepupu aku, anak sepupu kepada umi dan memang kami mengenali mereka
dengan baik. Ahmad Hamiki Hanapi, co-pilot adalah ahli keluarga kami sendiri.
Apa yang menyedihkan kami ialah sudah lama kami tidak bertemu dengan keluarga
Ayah Pi dengan Cikyah iaitu ayah dan ibu kepada abang hakimi kerana mereka
sekeluarga menetap di KL. Akhir kami jumpa mereka ialah raya aidilfitri tahun
lepas. Kalau bukan saudara sendiri pun kami sudah sebak dengan berita kemlangan
jiwa tu inikan pula ada saudara sendiri. Umi yang paling terkesan kerana dari
kecil umi sememangnya rapat dengan keluarga Ayah pi. Tapi semua dah tersurat,
Allah dah tetapkan pemergian dia dalam keadaan begitu. Semalam kami sekeluarga
menunggu berita tapi tetap sama takde ape yang mampu diubah. Melihat cikyah
menangis bila ditemuramah wartawan lagi rasa sayu. Allah. Kuatkanlah hati semua
keluarga yang mendapat perkhabaran tersebut. Tak dapat aku bayangkan kehilangan
ayah, ibu, adik atau abang dengan cara sebegini tambah lagi syawal yang akan
tiba lagi seminggu.
![]() |
| Datuk kepada Abang Hakimi |
Sungguh memilukan melihat kapal MAS yang membawa 298 nyawa
hangus terbakar dengan mayat penumpang yang mungkin tercampak keluar
bergelimpangan di ladang yang disahkan sebagai tempat terhempasnya MH17. Dan seramai 44 orang adalah rakyat malasyia
dan lainnya datang dari rata-rata Negara termasuk Indonesia, german, belanda
dan Negara lain.Allah terasa murahnya nyawa sekarang. Mana taknya MH370 yang
membawa seramai 200++ penumpang pun masih belum ditemui misteri belum lagi
terjawab. Allahuakhbar! Semoga semua roh rakyat Malaysia dan juga lainnya pergi
dengan aman. Amin ya rabbal alamin.
untuk gambar yang lebih mendalam sila ke http://apahell.blogspot.com/2014/07/gambar-gambar-terkini-tragedi-mh17-16.html







No comments:
Post a Comment