Wednesday, 23 April 2014

Shopping mampu menajamkan minda hookayy!

Assalamualaikum wbt.

Ini aku adalah terbaca dekat akhbar and rasa sangat bagus and boleh la nak kongsi kongsi. Hehe
Mari cuba sesuatu yang baru untuk menajamkan fikiran. Ini sesuai sangat untuk orang yang terasa hidup dia bosan sangat dengan rutin hari hari, macam I nil ah. Aku mula mula gelak gak baca tapi bila teringat aku cuba buat then memang rasa.. okay very interesting!

Kalau korang nak tahu benda baru yang belum pernah kita buat ni boleh menyihatkan dan merangsangkan minda kita. Cara cara ni jugak boleh membuatkan ingatan kita menjadi kuat. Aku pun tak tahu lah betul ke tak sebab aku pun baru je cuba nak menajamkan minda sendiri ni. Hehe tapi berdasarkan pakar physvhology cara ni memang berkesan sebab ia menggabungkan deria fizikal seperti mata, hidung, mulut, telinga dan juga tangan kita yang mana ia akan menguatkan lagi hubungan diantara bahagian otak kita yang berlainan.seeloknya dicuba pada waktu pagi ataupun malam. Cakap saja tapi mana cara dia kan. Haha haa ni cara dia nak habaq.

Satunya, cuba berus gigi menggunakan tangan yang kita tak pernah guna. Contohnya kalau biasa berus gigi pakai tangan kanan, kali ni tukar pakai tangan kiri pulak. Pakar yang mengkaji perkara ni membuktikan bila menggunakan bahagian otak yang bertentangan macam dalam senaman ni la boleh menyebabkan pengembangan yang pesat dan besar di bahagian ‘korteks’ yang mengawal dan memproses maklumat sentuhan dari tangan kita.

Yang kedua, kita boleh tukar kedudukan objek dirumah macam potret gambar yang digantung kita ambik gantungkan dibahagian yg bertentangan dengan tempat gantungan asal. Barang lain pun sama macam jam, meja or calendar. Ni sebab bila kita memandang objek yang duduk bertentangan bahagian otak kanan kita akan mula berfungsi lebih aktif untuk mentafsirkan bentuk, warna dan hubungan gambar or barang yang terbalik tu. Haaa tudia boleh la start alih alih barang kan. Hehe
Ada lagi, yang ketiganya,cuba buat perkara baru dengan menukar tempat duduk dimeja makan. Pakar yang membuat kajian ni mengakui yang remaja memang ada tempat duduk pilihan bila dimeja makan. Yup! Memang betul. Bila nak makan dirumah kita ka nada satu tempat favourite kan, meh kita cuba ubah sebab apa untuk otak kita jadi lebih cerdas dengan duduk ditempat yang baru or jarang sangat kita duduk. Haa kat situ pun otak kita akan berfungsi tau dan akan menggangap tu sebagai pengalaman baru bagi tubuh badan kita. Hebatnya otak kita kan berfungsi.

Empatnya kalau kita pergi membeli belah masuk ke tempat yang penuh raknya dengan barang or makanan cuba perati kalau ada barang yang belum pernah dilihat ambik dan baca maklumat yang terdapat dibelakang barang tersebut. Biasanya kotak makanan la, kalau ada makanan yang belum dilihat dan baru cuba baca isi maklumat yang terdapat dikotak sebab dekat situ secara tak sedar kita sedang belajar benda baru dan secara tak langsung ianya akan menajamkan minda kita.

Kelima, ini memang aku cuba sekerap mungkin lah. Bila kita membaca ape ape bahan bacaan cub abaca secara lantang jangan baca secara bisu maksudnya jangan baca dalam hati. Membaca dengan kuat sebenarnya lebih member rangsangan pada ota.

Selain daripada itu, kita juga digalakkan mencuba makanan baru yang tak pernah kita makan dan sebelumnya cuba hidu bau samada ia sama dengan makanan yang pernah kita makan. Lainnya untuk membuatkan otak kita menjadi cergas dan terangsang ialah dengan keluar membeli belah. Secara tak langsung la sewaktu kita membeli belah banyak perkara yang kita lakukan yang membabitkan mental dan fizikal kita semasa kita berjalan dan  membuat pilihan barang, otak kita terangsang untuk membuat pilihan yang tepat, bersosial dengan ramai orang semacam bila ada produk yang kita tak faham penggunaannya cuba bertanya kepada penjaga produk  atau kaunter pertanyaan tetntang harga yang tidak pasti. Interaksi merangsangkan otak menjadi lebih pantas. Tapi macam mana pun kena lah ingat jangan boros pula beli berlebihan. Hehe aku ni kengkadang terover pulak dalam hal yang ini. Memang laju lah kalau pakar pun dah cakap membeli belah pun boleh menajamkan minda. Hehehe

Pesanan dari pakar otak ialah, untuk menjadi otak lebih cerdas dan tidak mudah lupa kuncinya ialah dengan mecuba sesuatu yang baru. Apa lagi, elok lah kita cuba benda baru masa muda muda ni kan. Adiossss!