Thursday, 30 October 2014

TARIKH LUPUT KOSMETIK




Wanita dan kosmetik sememang tak dapat dipisahkan walaupun tak banyak mestinya akan ada barangan kosmetik yang wajib seperti bedak, gincu dan mascara. Kajian menunjukkan yang barangan kosmetik telah wujud sejak berabad dahulu lagi dan telah digunakan oleh wanita dizaman mesir kuno. Amalan wanita dizaman itu untuk berhias membawa mereka untuk mencipta kosmetik dari pelbagai aneka ramuan. Ini menunjukkan wanita adalah mahkluk yang mementingkan kecantikan. Namun, kosmetik juga seperti makanan mempunyai tarikh luput. Untuk mendapatkan alatan kosmetik lebih tahan lama dan kekal disini ada beberapa tips disediakan.


1.    PENYIMPANAN YANG TEPAT

Kosmetik yang telah dibuka harus disimpan di tempat yang sejuk atau kering. Jangan letak di tempat yang akan terkena sinar terus cahaya matahari atau tempat yang lembap. Ini akan menyebabkan produk kosmetik cair dan tempat yang lembap pula akan menyebabkan tekstur kosmetik rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

For your information, peti sejuk merupakan tempat yang baik untuk kosmetik terutamanya alatan kosmetik seperti mascara, pewarna kuku dan krim mata. Suhu dingin didalam peti sejuk akan membantu mengekalkan formulasi bahan active kosmetik dan akan memanjangkan tempoh penggunaanya. But before meletakkan alatan kosmetik didalam peti sejuk disarankan untuk memasukkan terlebih dahulu ke dalam kotak bersih ditutup dan baru diletakkan kedalam peti sejuk.


2.    KEBERSIHAN TERJAMIN

Span dan berus kosmetik haruslah sentiasa dijaga dengan baik. Kesan penggunaan nya yang tidak dibersihkan akan menyebabkan  alahan akibat kuman, bakteria mahupun sel kulit mati yang menempel.disarankan agar berus sintetik dibersihkan sebanyak 2 kali sehari. Gunakan cecair pembersih makeup atau sabun wajah manakala berus yang dibuat dari bulu semulajadi boleh dibersihkan menggunakan shampoo bayi. Kemudian, selepas dibasuhkan berus hendaklah dibilas dengan air hangat yang mengalir dan biarkan ia kering dengan sendiri. Span dan berus yang kerap digunakan harus kerap dibersihkan.


3.    ASAH DENGAN BAIK

Beberapa alat solek perlu diasah sebelum digunakan, seperti pensel alis, pensel gincu atau pensel mata. Sebaiknya raut dalam keadaan keras untuk mendapat hasil maksimun. Caranya masukkan alat solek ke dalam peti sejuk setengah jam sebelum diasah. Then, kamu pasti akan puas hati dengan hasilnya.


4.    UMUR KOSMETIK

Kamu perlu cek tarikh luput alat kosmetik pada kemasan produk dan patuhi arahan penggunaan yang tertera. Kebanyakan umur kosmetik seprti berikut:
Gincu dan penggaris bibir / 1 tahun

Mascara dan penggaris mata / 3 bulan
Bedak padat dan pembayang mata / 2 tahun
Bedak asas / 1 tahun
Span / ganti bila sudah kotor


5.    GOOD BYE 

Seeloknya rekodkan tarikh produk kosmetik setelah dibuka atau saat digunakan. Jika sudah lepas tarikh luput jangan terus menggunakannya dan jangan ragu untuk buang. Jika terus digunakan ia akan mendatangkan kerosakan kepada kulit muka anda. Cara lain ialah dengan mencium baunya, biasanya kosmetik dibuat bersama dengan wangian untuk menimbulkan bau harum. Jika kosemtik kamu sudah mengeluarkan bau yang kurang enak atau masam sudah sampai masa untuk kamu campakkan kedalam tong sampah. Say goodbye to them.     

So girls, jaga sebaiknya kosmetik sekiranya anda masih menyanyangi wajah ciptaan tuhan. Kosmetik harus dijaga seeloknya. Selamat mencuba.   


Sumber : Majalah mingguan Wanita (Ogos 2014 Edisi Khas) bahagian Tips mingguan untuk wanita.